Polis Cari Waris Kenal Pasti Mayat Lelaki

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis pada Isnin meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil untuk membantu mengenal pasti mayat seorang lelaki tanpa kaki yang ditemui di tapak projek perumahan di Laman Permai, Subang Bestari di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan separuh reput dengan tengkorak kepalanya pecah.

"Mayat itu ditemui oleh pekerja binaan lepas selepas menghidu bau busuk di tapak projek perumahan terbabit pada pukul 3 petang.

"Lelaki itu dipercayai telah seminggu mati sebelum mayatnya yang ditutup dengan sekeping papan pada sisa timbunan binaan dijumpai," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata ketika ditemui mayat itu lengkap berpakaian dua kemeja-T hitam bertulis 'Monster Energy' dan berseluar jeans paras lutut jenama 'Levi's'.

"Turut dijumpai sepasang kasut masing-masing berada 10 dan 16 meter dari lokasi mayat itu ditemui," kata Junaidi.

Katanya, berdasarkan keadaan tengkorak kepala, pakar patologi Hospital Sungai Buloh mengesahkan sebab kematian akibat hentakan kuat dengan benda tumpul.

Beliau berkata mayat itu kini ditempatkan di hospital itu dan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga, rakan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Radzi di talian 019-3502320. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan