Mahkamah Shah Alam Terima Panggilan Bom Palsu

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Prosiding di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini terganggu kira-kira sejam pada Isnin gara-gara panggilan bom palsu.

Ia merupakan panggilan bom palsu kedua berlaku di kompleks berkenaan dalam tempoh dua bulan, selepas kejadian pertama dilaporkan pada November lepas.

Lebih 400 petugas mahkamah termasuk orang awam diarah mengosongkan kompleks itu dan berhimpun di perkarangan letak kereta sementara menunggu pasukan unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan memeriksa seluruh bangunan mahkamah.

Mereka bagaimanapun tidak menemui bom atau sebarang unsur bahan letupan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata polis menerima maklumat mengenai panggilan bom itu kira-kira pukul 8.40 pagi selepas pihak mahkamah memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa terdapat bom di kawasan tempat letak kenderaan di bahagian tingkat bawah dan kafeteria.

"Hasil siasatan kami mendapati ia adalah panggilan palsu. Kami telah benarkan operasi mahkamah diteruskan tetapi orang ramai diminta berjaga-jaga jika ternampak atau terjumpa objek mencurigakan sila maklumkan kepada kami" katanya.

Mazlan berkata unit pasukan pemusnah bom akan ditempatkan di kawasan bangunan mahkamah sehingga tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan