Tahanan Lolos: Remaja Jadi Tebusan

Diterbitkan: Ahad, 13 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam Sabtu di Bukit Mertajam dekat sini.

Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda.

"Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar di sini.

Menurutnya bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian.

"Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam ini.

Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam.

"Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya.

"Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas," katanya.

Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan