Petani Mati Dipercayai Akibat Penyakit Lelah - Berita Jenayah | mStar

Petani Mati Dipercayai Akibat Penyakit Lelah

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang petani ditemui mati di sisi motosikalnya di kawasan kebun di Kampung Panchor, Hulu Besut pagi Khamis.

Mayat Abdul Fatah Jaafar, 32, ditemui penduduk kira-kira 7.30 pagi, terbaring di atas baju hujannya.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa dipercayai mati akibat penyakit lelahnya, seperti yang diberitahu keluarganya.

Mangsa dilapor keluar daripada rumahnya di Kampung Dusun Beliku kira-kira 5 petang semalam menuju kebun petainya yang terletak kira-kira 5 kilometer dari rumahnya.

Bapa mangsa, Jaafar Mohamad, 70, ketika ditemui di Hospital Daerah Besut, berkata anak ketujuh daripada 10 adik-beradik itu mengadu batuk dan lelah sejak beberapa hari lalu. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan