Dua Kereta Mewah Hilang Di Cheras Ditemui Semula Di Johor Baharu - Berita Jenayah | mStar

Dua Kereta Mewah Hilang Di Cheras Ditemui Semula Di Johor Baharu

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Polis menunjukkan dua buah kereta mewah yang dilaporkan hilang di Jalan Chan Sow Lin Sabtu lepas ditemui semula di Johor Baharu pada Selasa.
Polis menunjukkan dua buah kereta mewah yang dilaporkan hilang di Jalan Chan Sow Lin Sabtu lepas ditemui semula di Johor Baharu pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Dua kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI yang dilarikan dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Sabtu lepas, ditemui semula di Johor Baharu pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kereta Volkswagen Golf GTI itu ditemui di hadapan Tesco, Skudai manakala kereta Audi TT ditemui di Taman Seri Austin, kira-kira 40km dari Tesco berkenaan.

"Kereta Volkswagen Golf GTI ditemui dalam keadaan tidak berkunci manakala kereta Audi TT ditemui dengan nombor pendaftaran Singapura dan berkunci," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Beliau berkata polis percaya kedua-dua kes itu didalangi suspek utama kes kehilangan kereta mewah jenis Porche Panamera di Bukit Bintang Oktober lepas.

"Meskipun suspek dibebas dengan ikat jamin polis berhubung kes lepas, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya itu," katanya.

Sehubungan itu, polis kini memburu suspek utama Mohd Azri Mohd Kassim, 32, dan dua rakannya Abdul Raof Abdul Aziz, 44, dan Damanhuri Mohamad, 36.

Abdul Raof dan Damanhuri mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kereta dan samun, katanya.

Ku meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu supaya menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau hotline polis Kuala Lumpur (Rakancop) di 03-21159999 atau SMS ke 32728 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan