Tahanan Lolos: Polis Kesan Seorang Daripada Tujuh Penjenayah Di Sebuah Rumah Kosong

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi (tengah) meninjau sebuah rumah kosong di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tun Sardon, Penanti apabila dipercayai salah seorang daripada tujuh banduan berehat di rumah berkenaan, Rabu. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Negeri, Datuk Abd Rahim Hanafi (tengah) meninjau sebuah rumah kosong di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tun Sardon, Penanti apabila dipercayai salah seorang daripada tujuh banduan berehat di rumah berkenaan, Rabu. -fotoBERNAMA

TASEK GELUGOR: Hasil maklumat orang awam polis mengesan seorang daripada tujuh penjenayah yang meloloskan diri daripada tahanan polis Isnin lepas di Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor, petang Rabu.

Timbalan ketua polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu tahan berkenaan, berkata, lelaki terbabit bersembunyi dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladang kelapa sawit.

Katanya, pasukan polis yang membuat serbuan pukul 5.30 petang ternampak lelaki yang dipercayai salah seorang tahanan yang sedang diburu itu, tetapi penjenayah menyedari kehadiran polis dan melarikan diri.

"Anggota polis mengejarnya tetapi tidak berjaya. Lelaki yang kelihatan tidak berbaju dan hanya berseluar sahaja itu lari menghala ke dalam ladang sawit arah ke Kulim, Kedah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lelaki terbabit di seluruh kawasan hingga ke sempadan Kedah dan percaya enam lagi rakannya masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu.

"Kita berterima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat dan usaha mengesan ketujuh-tujuh mereka giat dijalankan. Saya percaya dengan bantuan orang ramai akan lebih cepat kita dapat memberkas ketujuh-tujuh tahanan berkenaan," katanya. Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan