Polis Temui Sepucuk Pistol, Lima Butir Peluru Di Bilik Hotel

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menemui sepucuk pistol bersama lima butir peluru dalam bilik sebuah hotel di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata penemuan itu hasil maklumat orang awam yang menghubungi polis pada pukul 6 petang Selasa.

"Bertindak di atas maklumat itu polis kemudian pergi ke tempat kejadian dan menemui sepucuk pistol angin. Pemilik pistol itu tiada di bilik dan dipercayai tuan punya pistol berkenaan berumur 55 tahun.

"Kami turut menjumpai seutas jam tangan dan telefon bimbit," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata polis sedang mengesan pemilik pistol berkenaan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan