Polis Rampas Dua Pistol, 13 Peluru Daripada Sepasang Kekasih

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis merampas dua pucuk pistol dan 13 butir peluru daripada sepasang kekasih di Taman Segar, Cheras di sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 5.30 pagi itu, sebuah kereta peronda polis telah menahan kereta Kia Forte yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa ditahan, polis mendapati seorang lelaki berusia 49 tahun dan wanita berusia 31 tahun serta anak perempuan mereka (hasil hubungan mereka) berusia enam bulan di dalam kereta itu.

"Semasa pemeriksaan, polis menemui dua pucuk pistol bersama peluru hidup yang disimpan di dalam 'dashboard' kereta itu," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana memukul.

Pasangan itu ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan