Pengedar Dadah Diburu Polis Selama Dua Tahun Ditangkap

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh (dua kanan) bersama pegawainya menunjukkan hasil rampasan sepucuk pistol jenis revolver .38, bom asap dan buku lima yang dirampas daripada seorang pengedar dadah berumur, 48, tahun di rumahnya Kampung Padang Tenggala dalam Ops Tapis pada kira-kira 12.20 pagi Selasa pada sidang media di sini, Rabu.
 Hasil serbuan tersebut, polis turut berjaya merampas 180.3 gram heroin, 1,040 biji pil Eramin 5, satu paket plastik yang mengandungi nombor dan huruf disyaki bertujuan untuk memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

 -fotoBERNAMA
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh (dua kanan) bersama pegawainya menunjukkan hasil rampasan sepucuk pistol jenis revolver .38, bom asap dan buku lima yang dirampas daripada seorang pengedar dadah berumur, 48, tahun di rumahnya Kampung Padang Tenggala dalam Ops Tapis pada kira-kira 12.20 pagi Selasa pada sidang media di sini, Rabu.
 Hasil serbuan tersebut, polis turut berjaya merampas 180.3 gram heroin, 1,040 biji pil Eramin 5, satu paket plastik yang mengandungi nombor dan huruf disyaki bertujuan untuk memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

 -fotoBERNAMA

TEMERLOH: Seorang lelaki yang menjadi buruan polis selama dua tahun ekoran penglibatan dalam pelbagai kes dadah dan jenayah termasuk samun bersenjata berjaya ditangkap polis di rumahnya awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, suspek berumur 48 tahun ditangkap ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Padang Tenggala dalam Ops Tapis pada kira-kira 12.20 pagi.

"Hasil serbuan tersebut, polis berjaya merampas 180.3 gram heroin, 1,040 biji pil Eramin 5, satu paket plastik yang mengandungi nombor dan huruf (disyaki bertujuan untuk memalsukan nombor pendaftaran kenderaan), sebuah alat timbang digital dan sebuah telefon bimbit jenama Nokia.

"Polis turut menjumpai buku lima, sepucuk pistol jenis revolver .38 bersarung yang di dalam kebuk berisi enam biji peluru hidup yang diselitkan di bahagian belakang pinggang seluar dipakai oleh suspek," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Katanya, turut ditemui berdekatan rumah suspek sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang disyaki dicuri di Air Tawar, Pulau Pinang pada tahun lepas dan satu silinder bom asap berwarna hijau.

Abdul Aziz berkata polis percaya dengan tangkapan tersebut polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai bergiat cergas sekitar daerah Temerloh sejak dua tahun lepas.

Katanya suspek kini ditahan reman dan kes dadah disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Bagi pemilikan pistol, bom asap dan buku lima, kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan," katanya.

Dalam operasi yang sama, Abdul Aziz berkata polis berjaya merampas 2,200 biji pil kuda bernilai RM24,000 selepas menahan seorang pengedar dadah berumur 25 tahun di dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Paya Siput, Batu 11 dekat sini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan