Kes Bunuh Warga Emas Selesai, Polis Tahan 7 Suspek

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan seorang lelaki warga emas di tempat simpanan barang kuil Hindu di Lebuh Penang, di sini 19 Disember lepas, selepas menahan tujuh suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata 11 tangkapan dibuat sepanjang siasatan kes itu.

"Empat dibebas manakala tujuh masih ditahan termasuk suspek utama berumur 23 tahun yang bekerja sebagai penjual kad telefon bimbit, orang tengah yang menjual barang curi dan mereka yang terlibat dalam pelaburan emas.

"Kami anggap kes ini sudah selesai dan akan dibawa ke mahkamah sikit masa lagi," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Dalam kejadian itu, mayat P. Muthu, 80, ditemui pada pukul 5 petang dengan kesan kelar di leher, wajah serta mulut disumbat kain selepas seorang suspek memecah masuk kuil berkenaan menerusi pintu belakang.

Mazlan berkata polis juga telah mendapatkan semula 90 peratus daripada barang kes termasuk wang tunai bernilai RM60,000, peralatan yang diguna untuk upacara keagamaan dan peralatan yang dipercayai untuk melebur barang kemas yang dicuri.

Sementara itu, Mazlan berkata polis menahan empat suspek berumur antara 25 dan 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun tiga pelancong asing di Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, Khamis lepas.

Beliau berkata tiga suspek ditahan di Kulim, Kedah dua hari lepas manakala seorang lagi ditahan di Seberang Perai pagi ini. Kesemua suspek tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah.

Polis turut menemui 90 peratus daripada barang-barang yang disamun termasuk wang tunai dan bagasi pakaian yang dianggar bernilai RM5,000, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan