Polis Tumpas Geng Chia Terbabit Kes Pecah Rumah, Curi Kenderaan - Berita Jenayah | mStar

Polis Tumpas Geng Chia Terbabit Kes Pecah Rumah, Curi Kenderaan

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan Geng Chia selepas menangkap empat lelaki dan merampas sepucuk revolver 138 bersama dua butir peluru di sebuah kedai makan di Kepong di sini pada 11.30 malam, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata kesemua suspek, berusia antara 30 dan 40 tahun, dipercayai anggota Geng Chia yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Sentul.

Katanya, polis turut merampas tiga buah kereta iaitu Honda CRV, Perodua Myvi dan BMW 3 Series, bernilai RM400,000.

"Geng Chia bergerak aktif sejak enam bulan lepas selepas salah seorang daripada ahli mereka tamat perintah sekatan di bawah Ordinan Darurat pada pertengahan tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Zakaria berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek juga disyaki terlibat dalam kes samun di sekitar kawasan Bukit Sentosa, Serdang, Sungai Besi dan Kampung Baru, Subang.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama seminggu bermula Jumaat lepas. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan