Remaja Hilang Dikhuatiri Dibawa Arus Di Pantai Dalit, Tuaran

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus di Pantai Dalit, bersebelahan Rasa Ria Resort di Tuaran dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Zaharudin Rasip berkata, kedua-dua remaja itu yang berusia 20 tahun dan berasal dari Kampung Telipok, Tuaran ialah Datu Almuraz Datu Enyong dan Arjibra Zulkipli dan mereka dilaporkan hilang kira-kira 4.40 petang.

Difahamkan mangsa berkelah dan mandi bersama rakan-rakan lain di tepi pantai sebelum ditarik ombak ke tengah laut.

Zaharudin berkata, gerakan mencari dan menyelamat dimulakan sejurus polis dimaklumkan mengenai kejadian terbabit namun sehingga petang ini kedua-dua remaja itu belum ditemui.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat turut dibantu anggota bomba dan penyelamat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan