Pengurus Ladang Maut, Anak Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Maran

Diterbitkan: Isnin, 7 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Akibat tayar belakang kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya meletup, seorang pengurus ladang maut manakala dua anaknya parah selepas terlibat dalam nahas jalan raya dekat Maran Ahad.

Abdul Basid Mohamed Yunus, 44, dari Permatang Badak di sini mati semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh jam 10.30 malam tadi akibat nahas yang berlaku di km189 Lebuhraya Pantai Timur, Jalan Kuantan-Maran, petang Ahad.

Dua anak mangsa yang cedera parah, Nurul Ain Shahirah, 11, dan adiknya, Muhammad Annuar Farhan, 8, kini dirawat di hospital yang sama.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, dalam kejadian 3.20 petang itu mangsa dan enam anaknya dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Maran.

"Di tempat kejadian, dipercayai tayar belakang sebelah kanan kenderaan itu tiba-tiba meletup menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang di tengah jalan sebelum terbalik," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Abdul Basid yang mengalami kecederaan parah di kepala kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia tujuh jam kemudian.

"Dua anak mangsa yang cedera parah itu masih dirawat di hospital yang sama manakala empat anggota keluarga yang lain tidak cedera," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan