Mayat Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mayat seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dibawa arus deras ketika terjun ke laut untuk mengambil tali bot yang terlucut berhampiran pelabuhan pukal dekat Perai, di sini pada Sabtu, ditemui pada Ahad.

Mayat Mohd Fahmi Abu Bakar, 20, ditemui pada 2.22 petang oleh Unit Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang di kawasan kuala Sungai Perai, kira-kira dua kilometer dari lokasi remaja itu dilaporkan hilang.

Penyelia Unit Marin Bomba Negeri, Mohd Rosnaidi Baharuddin berkata, mayat mangsa ditemui terapung di kuala sungai dengan lengkap berpakaian.

"Ketika ditemui mayat mangsa masih lengkap berpakaian tetapi keadaan mukanya sudah sedikit kembung, mungkin sebab sudah lebih 24 jam tenggelam.

"Kita percaya mayat mangsa terdampar di kawasan berlumpur sebelum timbul berdasarkan keadaan badannya yang diselaputi lumpur," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Mohd Rosnaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Akhbar pada Ahad melaporkan Mohd Fahmi keluar rumah pada 11 malam Jumaat untuk pergi memancing berhampiran Jambatan Pulau Pinang bersama seorang rakannya, Abdul Hakim Abdul Latif, 20-an dengan menaiki bot gentian kaca milik bapa Mohd Fahmi.

Mereka yang menaiki bot dari jeti di Kuala Juru itu tidak dapat meneruskan perjalanan akibat hujan dan berhenti di sebuah menara pemancar berhampiran pelabuhan pukal pada 2 pagi Sabtu sementara menanti cuaca reda.

Ketika mereka sedang menunggu di menara pemancar berkenaan tali bot yang diikat itu terlucut dan mangsa dikatakan terjun ke laut untuk mengambil tali itu sebelum dia dilihat tenggelam timbul dan tidak lagi kelihatan dipercayai dibawa arus deras.

Berikutan kejadian itu Abdul Hakim yang berada di menara itu bertindak menghubungi bomba dengan menggunakan telefon mangsa yang ditinggalkan dan dia berjaya diselamatkan kira-kira empat jam kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan