Isteri Dalam Pantang Dibelasah Suami Cemburu

Diterbitkan: Ahad, 6 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang suami dilapor telah membelasah isterinya yang dalam pantang di rumah mereka di Kampong Repoh dekat sini awal pagi semalam, akibat cemburu.

Lelaki berumur 40 tahun itu bukan sahaja membelasah isterinya dengan lesung batu, kerusi dan bingkai gambar, malah membakar pakaian dan motosikal isterinya, yang baharu 40 hari melahirkan anak kedua mereka.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi.

Si suami dikatakan baharu pulang dari Kuala Lumpur dan dia kini direman selama empat hari.

Mangsa yang berumur 27 tahun kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Abdul Rahman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan