Mayat Wanita Hampir Reput Ditemui Di Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian dan hampir reput ditemui di tingkat tiga sebuah rumah flat di sini malam Jumaat.

Mayat wanita itu ditemui kira-kira pukul 7.30 malam dalam sebuah unit tidak berpenghuni di kediaman berkenaan selepas orang ramai terhidu bau busuk di sekitar tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata siasatan awal pasukan forensik polis mendapati wanita itu telah mati lebih 10 hari.

"Pemeriksaan fizikal tidak dapat dilakukan ke atas mayat kerana keadaannya yang hampir reput. Tiada kesan tikaman atau sebarang senjata dan objek dijumpai di kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.

Mohamad berkata polis masih belum boleh mengesahkan identiti wanita itu.

Beliau berkata buat masa ini kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut dan pihaknya akan membuka kertas siasatan jika wujud unsur jenayah. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan