Mayat Rentung Ditemui Dalam Kereta Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Mayat yang rentung ditemui di dalam sebuah kereta yang terbakar di ladang kelapa sawit berhampiran lebuh raya pintasan Kota Tinggi di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Che Mahazan Che Aik berkata seorang pekerja ladang menemui mayat itu di tempat duduk kereta jenis Toyota Fortuner, kira-kira 7.15 pagi.

Pekerja itu kemudiannya memaklumkan kepada majikannya sebelum mereka menghubungi polis.

Beliau berkata mayat itu telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi dan meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi pihak polis.

Pekerja ladang tersebut, Norlee Hazalee berkata dia yang hendak memulakan kerja meracun rumput melihat saki baki asap dari kereta itu dan menemui mayat tersebut.

Dia juga mendapati penghadang masuk ke laluan ladang itu yang sentiasa tertutup telah terbuka selain terdapat kesan rempuhan padanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan