Lelaki Mati Ditembak Di Kota Damansara

Diterbitkan: Sabtu, 5 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki mati ditembak ketika dia pulang ke rumah sepupunya di sebuah pangsapuri di Seksyen 8, Kota Damansara di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata mangsa yang berumur 44 tahun dan berasal dari Kedah maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang menaiki sebuah kereta.

"Menurut orang awam yang menyaksikan kejadian itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal ditembak di dada dan tangan kanannya pada kira-kira pukul 9 malam dan maut ditempat kejadian.

"Mangsa datang dua tiga hari lepas untuk mencari kerja dan menumpang di rumah sepupunya di sini " katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Arjunaidi berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan