Polis Buru Dua Lelaki Samun Pelancong Asing

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun tiga pelancong asing di Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah (SPT) dekat sini, Khamis.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata sebelum kejadian pada 4 petang itu, dua wanita dan seorang lelaki warga Maghribi berusia 20-an dikatakan baru tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Pulau Pinang dan menaiki sebuah kereta untuk ke sebuah hotel di Batu Ferringhi.

Bagaimanapun, katanya pelancong berkenaan mengesyaki pemandu kereta yang turut membawa seorang rakannya tidak menuju lokasi hotel sebaliknya menuju ke tanah besar.

"Pelancong Maghribi itu kemudiannya bertengkar sebelum bergelut dengan pemandu kereta dan rakannya itu dan mereka kemudiannya diarah keluar dari kereta sebelum disamun," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata pelancong itu ditinggalkan di Sungai Lembu di kawasan Bukit Mertajam dan disamun wang tunai berjumlah RM2,000 dan telefon bimbit.

Mazlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh juga didenda atau disebat, jika sabit kesalahan.

Pada perkembangan lain seorang wanita berjaya menggagalkan cubaan meragut apabila menendang motosikal lelaki yang menyamun beg tangannya di Jalan Hamilton tengah hari semalam.

Mazlan berkata pada kejadian 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja sebelum dihampiri seorang penunggang motosikal yang meragut beg tangan dalam bakul motosikalnya.

Katanya tindakan berani wanita itu menyebabkan peragut terbabit gagal mengawal motosikalnya dan terjatuh di atas jalan raya sebelum ditahan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian.

"Siasatan mendapati suspek berumur 40 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan samun dan pecah rumah dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan