Mangsa Banjir Tipu Status Untuk Bantuan Wang Ehsan Bakal Berdepan SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mana-mana mangsa banjir yang menipu mengenai status mereka untuk mendapatkan bantuan RM500 wang ehsan banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) bakal berhadapan dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Penolong Setiausaha MKN Terengganu Mohd Sarif Hassan berkata setiap mangsa banjir diwajib membuat surat perakuan melalui borang SPRM dan mereka yang didapati menipu akan disoal siasat badan itu.

Beliau berkata MKN kini dalam peringat awal proses penyaluran wang ehsan itu dan setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang penipuan.

"Oleh kerana kita nak mengelakkan mereka ini menerima wang secara tidak jujur, kami perlu buat semakan yang terperinci (mengenai mangsa banjir) dan ini akan mengambil sedikit masa.

"Jika ada penipuan, kami akan terus rujuk kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas mengiringi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Gotong-royong Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak di sini, Khamis.

Mohd Sarif berkata kriteria mangsa banjir yang mengambil kesempatan ialah mereka yang tidak terlibat dengan banjir tetapi mendaftarkan diri di pusat pemindahan serta tidak tinggal di pusat-pusat pemindahan yang diwartakan.

Pada majlis itu Rosmah turut meluangkan masa membantu membersihkan rumah seorang mangsa banjir.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyampaikan cek RM5,000 sumbangan Pandu Puteri Malaysia kepada perumahan kawasan berkenaan dan menyampaikan bantuan wang ehsan MKN kepada 77 penerima.

Hampir 500 orang daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Skuad Sayang Umno, Pandu Puteri Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Penyelamat, Belia Daerah dan Pemuda Umno bersama-sama bergotong-royong pada majlis itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan