Jurulatih Yoga Yang Hilang Ketika Pendakian Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Seorang jurulatih yoga yang hilang ketika menyertai pendakian Gunung Benum Ahad lepas, ditemui dalam keadaan selamat kira-kira 4.30 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata wanita tersebut, Fong Ai Ting, 32, dari Terengganu adalah sebahagian daripada sekumpulan pendaki dari Kuala Lumpur yang disertai 11 lelaki dan lapan wanita.

Katanya mangsa ditemui anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara yang menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Mangsa ditemui dalam kebingungan dan dibawa ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut dan dia dilaporkan dalam keadaan sihat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Pasukan mencari dan menyelamat, termasuk dua buah helikopter polis, digerakkan dalam operasi mencari mangsa yang hilang semasa mengikuti aktiviti pendakian Gunung Benum.

"Gerakan mencari bermula 9.30 pagi diperluaskan sehingga jarak sekitar 4 hingga 5 kilometer sekitar gunung tersebut termasuk kawasan lurah dan kawasan laluan pendakian lain," katanya.

Kumpulan berkenaan memulakan pendakian gunung itu kira-kira jam 9.30 pagi Ahad lepas bermula di Lata Berembun Jalan Sungai Chalit, Sungai Klau, dekat sini.

Wanita tersebut disedari hilang ketika mereka bergerak turun dari gunung berkenaan pada 9.30 pagi pada Selasa lepas. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan