Empat Lelaki, Seorang Wanita Ditahan Terlibat Sindiket Penipuan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand di beberapa kawasan di sekitar Simpang Ampat, Pulau Pinang dan Taiping, Perak sejak 20 Disember lepas dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan fly-by-night.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek yang berumur antara 43 dan 54 tahun ditahan berikutan aduan 10 mangsa yang terdiri daripada peniaga dan jurujual syarikat yang mendakwa ditipu sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM155,000.

"Modus operandi sindiket ini ialah dengan menjalankan sebuah syarikat yang baru didaftarkan. Syarikat itu membeli barangan seperti baja pertanian, alatan pejabat dan barangan runcit daripada peniaga.

"Semua urusan pembelian dibayar menggunakan 'Cek Tertunda Tarikh' dan mangsa kemudiannya gagal menunaikan cek tersebut kerana akaun telah ditutup," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata selepas kira-kira dua bulan beroperasi, pejabat syarikat itu dikosongkan dan semua pekerja dan pemilik syarikat menghilangkan diri.

"Sindiket ini menggunakan proksi untuk mendaftarkan syarikat serta membuka akaun bank. Kebiasaannya, proksi ini merupakan seorang penagih dadah yang sanggup menjual identitinya," kata beliau.

Mohd Shukri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kesemua suspek direman hingga Ahad ini.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai terutamanya peniaga supaya tidak mudah terpedaya apabila ada pembeli yang membeli barang dengan terma kredit terutamanya syarikat pembeli yang baru dibuka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan