CD Yang Mengaitkan Speaker DUN Perak Dengan Skandal Seks Dihantar Untuk Analisis Forensik

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis telah menghantar cakera padat (CD) yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal seks Speaker DUN Perak Datuk R. Ganesan untuk analisis forensik.

Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata analisis akan mengambil masa sehingga enam bulan.

"Dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan forensik digital, ia akan mengambil masa kerana kita perlu menghantarnya kepada pakar-pakar di Amerika Syarikat dianalisis dan diperiksa.

"Ia akan mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar, Jumaat.

Pada 22 Disember dilaporkan bahawa dua ADUN Pembangkang - V. Sivakumar (Tronoh) dan A. Sivasubramaniam (Buntong) telah menerima sampul surat coklat di luar sidang DUN yang dikatakan mengandungi cakera padat dengan gambar lucah dan memaparkan imej Ganesan dan seorang wanita.

Kandungan dalam cakera tidak dapat disahkan kerana penerima mendakwa mereka tidak melihatnya.

Ganesan telah membuat laporan polis di atas dakwaan itu dan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam mengaitkan dirinya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan