Tiga Nelayan Diselamatkan Selepas Dua Hari Terapung Di Laut - Berita Jenayah | mStar

Tiga Nelayan Diselamatkan Selepas Dua Hari Terapung Di Laut

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tiga nelayan dari Tanjung Api, Kuantan diselamatkan sebuah kapal dagang semalam selepas dua hari mereka terapung di laut, kira-kira 30 batu nautika dari Tanjung Sedili, timur laut Johor.

Abdul Wahab Sidek, 62, Muhamad Abdul Mubim Abdul Wahab, 27, dan Mazuki Mohamad, 47, diselamatkan kapal 'Nueva Esperanza' kira-kira 11 pagi.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili, Kepten Maritim Rozali Mohd Said berkata bot fiber Kelas A mereka dilaporkan karam akibat dipukul ombak ketika mereka menangkap ikan kira-kira 53 batu nautika dari Kuantan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pada 4.50 petang semalam, APMM menerima maklumat bahawa kapal tersebut yang sedang dalam pelayaran dari Kuantan menuju Singapura telah menyelamatkan tiga mangsa bot karam.

Sehubungan itu, APMM kemudiannya menghantar anggota ke kapal tersebut yang ketika itu berada kira-kira lima batu nautika dari selatan Tanjung Pengelih, katanya.

Rozali berkata ketiga-tiga nelayan itu berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

Beliau berkata Abdul Wahab yang juga tekong bot tersebut memberitahu setelah bot mereka karam, mereka hanya berpaut kepada tong ikan sehingga mereka ditemui kapal itu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan