Jangan Politikkan Kes Kematian Tiga Beranak Di Pengerang - Polis

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan kematian tiga beranak di Kampung Jawa, Pengerang dan mengaitkannya dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Beliau berkata siasatan polis mendapati kematian mereka bermotifkan bunuh diri akibat tekanan hidup menguruskan anggota keluarga yang uzur termasuk seorang menghidap Sindrom Down.

"Oleh itu, saya mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeksploitasi kematian tiga beranak ini kerana kematian mereka tiada kaitan langsung sama ada dengan projek Rapid, politik mahupun kemiskinan,' katanya kepada pemberita, di sini, Khamis.

Mohd Mokhtar berkata adik mangsa menerusi satu laporan polis yang dibuat pada pagi semalam turut mengesahkan kematian tiga beranak itu disebabkan tekanan hidup dan tiada kaitan dengan projek pembangunan berkenaan.

Mayat Pang Jing Rong, 64; isterinya, Wang Ya Yee, 58, yang menderita angin ahmar dan anak mereka Pang Qi Hao, 22, yang menghidap Sindrom Down ditemui di dalam sebuah bilik di rumah mereka pada pukul 10 pagi kelmarin.

Polis percaya mereka mati lemas terhidu asap susulan penemuan sebuah pasu mengandungi arang yang terbakar dalam bilik berkenaan.

Sebelum mengambil tindakan nekad untuk membunuh diri, Pang dilapor pernah memberitahu seorang jirannya bahawa dia ingin membunuh diri kerana tekanan hidup.

Sebuah akhbar berbahasa Cina bagaimanapun, melaporkan kenyataan wakil sebuah pertubuhan anti-Rapid yang mendakwa kematian tiga beranak itu dipercayai ada kaitan dengan pengambilan tanah rumah mereka bagi pembangunan projek Rapid. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan