Tiga Penunggang Motosikal Nyaris Maut Dirempuh Lori

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga penunggang motosikal nyaris maut apabila sebuah lori pasir merempuh kenderaan yang dinaiki ketika mereka menunggu lampu isyarat di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Rabu.

Sumber polis berkata pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, sebuah lori pasir dipercayai dipandu laju dan tidak sempat berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh tiga motosikal di hadapannya.

"Dua daripada mangsa termasuk seorang wanita diseret beberapa meter ke hadapan dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk patah kaki. Sementara seorang lagi lelaki hanya cedera ringan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata kesemua mangsa termasuk pemandu lori dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Seorang mangsa yang cedera ringan, Mohamed Nasir Abdul Rahman, 40, berkata semasa kejadian beliau dan dua penunggang motosikal lain tidak sempat mengelak kerana lori datang secara mengejut. "Mula-mula saya dengar bunyi kuat daripada belakang. Sebaik sahaja saya menoleh ke belakang saya nampak lori melulu ke arah saya dan merempuh saya serta dua penunggang lain.

"Saya bernasib baik sempat melompat daripada motosikal dan berpaut pada badan lori. Bagaimanapun, motosikal kami semua rosak teruk akibat rempuhan itu," katanya. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan