Mekanik Ditemui Mati Dalam Bengkel

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang mekanik ditemui mati dengan kesan cedera parah di kepala di sebuah bengkel membaiki dan mengetuk kenderaan di Kampung Benggali, Teluk Air Tawar di sini, Selasa.

Mayat Som Phong a/l Ai Nom, 31, yang berketurunan Siam dan berasal dari Kuala Ketil, Kedah ditemui majikannya pada pukul 12.30 tengah hari Selasa. "Pada mulanya majikannya terdengar suara orang bergaduh di bengkel tersebut yang terletak bersebelahan pejabatnya.

"Selang beberapa minit kemudian, suara bising itu tidak lagi kedengaran.

Majikannya lalu mencari mangsa di sekitar bengkel sebelum menemui pekerjanya itu dalam keadaan mulutnya ditutup dengan pita pelekat dan kepalanya cedera parah," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata majikannya mendapati mangsa telah mati lalu menghubungi pihak polis. Katanya kepala mangsa dipercayai dihentak dan dipukul dengan benda tajam yang dipercayai besi.

Mazlan berkata pada masa yang sama majikan mangsa mendapati tiga lelaki Myanmar yang turut bekerja bersama mangsa telah melarikan diri.

"Polis tidak menolak kemungkinan punca kejadian disebabkan rasa tidak puas hati antara pekerja Myanmar tersebut dan mangsa berikutan mangsa sebelum ini dikatakan pernah membuang tilam mereka di belakang bengkel tersebut," katanya.

Ketiga-tiga warga Myanmar iu sedang diburu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan