Lelaki Nyaris Jadi Mangsa 'Macau Scam'

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang hampir menjadi mangsa sindiket penipuan melalui telefon atau 'Macau Scam' membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Hamdanawal Muhamad Sukri, 26, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, Rabu.

Menceritakan kejadian yang dialaminya, Hamdanawal berkata beliau menerima panggilan daripada 'unknown number' yang mendakwa kononnya panggilan itu daripada Pos Malaysia pada kira-kira 9.20 pagi.

"Seorang wanita meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan saya, dan dia menyatakan saya mempunyai surat daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah dipulangkan sebanyak dua kali kerana saya tiada di rumah untuk menerimanya. "Kemudian dia meminta saya untuk menunggu panggilan daripada seorang polis dan memberikan saya nombor rujukan untuk dimaklumkan kepada pegawai polis berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Hamdanawal berkata seminit kemudian beliau menerima panggilan daripada 'pegawai polis' melalui nombor +0060321460522 dengan mendakwa mangsa mempunyai hubungan dalam kes pengeluaran wang haram ke luar negara.

"Bukan itu sahaja, 'pegawai polis' itu juga mengatakan terdapat dua transaksi berlaku di atas akaun bank saya dengan jumlah yang besar iaitu RM83,000 dan RM120,000," katanya sambil menambah suspek itu mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan seorang penjenayah yang bernama Ramli Yusof.

Hamdanawal yang bekerja sebagai Ekskutif Bantuan Khidmat Pelanggan, Pemasaran Foto di Bernama, turut diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menafikan dakwaan itu.

"Apabila sampai di Bukit Aman, saya diberitahu ia merupakan satu kegiatan penipuan terancang dengan menggunakan organisasi seperti Pos Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Pada 24 Dis lepas, polis berjaya membongkar sindiket 'Macau Scam' dari China yang mengakibatkan kerugian mencecah RM5 bilion dengan menjadikan negara ini sebagai lokasi pusat panggilan mereka ekoran penahanan 51 individu dalam dua serbuan di Petaling Jaya dan Bukit Damansara. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan