Empat Rumah Papan Kg Baru Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Empat rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Jalan Bundusan, Luyang, dekat sini, pada Rabu menyebabkan sekurang-kurangnya 23 orang tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Penampang Jamaludin Hussin berkata 26 anggota dengan empat jentera mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

Bomba menerima panggilan pada pukul 1.21 petang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.11 petang.

"Kami berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya tujuh rumah berhampiran daripada terbakar," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Jamaludin berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan