APMM Tawau Tahan 43 PATI Di Kawasan Perairan Semporna

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menahan 43 orang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika melakukan rondaan di sekitar perairan Semporna pada 30 Disember lalu.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapt Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata kesemua tahanan berkenaan ditahan kira-kira jam 10 malam hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot yang dipercayai dalam perjalanan ke Filipina.

Katanya kira-kira jam 10 malam semasa melakukan rondaan, sebuah kapal APMM telah mengesan dan membuat penggeledahan ke atas sebuah bot yang tiada nombor pendaftaran di perairan Semporna.

"Hasil pemeriksaan, didapati bot tersebut disyaki sedang menuju ke Filipina dan kesemua penumpangnya telah gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai jantina dan umur kesemua tahanan.

Wan Mohd Affandi berkata bot yang digunakan suspek berkenaan tidak mempunyai lesen dan dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, katanya APMM Tawau akan terus menjalankan pemantauan di kawasan perairan Tawau dan Semporna bagi memastikan perairan itu dan Sabah amnya sentiasa selamat serta terkawal. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan