Peniaga Maut Kereta Rempuh Pokok Di Yan - Berita Jenayah | mStar

Peniaga Maut Kereta Rempuh Pokok Di Yan

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Seorang peniaga pasar pagi maut setelah kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum terjunam ke dalam terusan di Batu 11, Jalan Sungai Petani-Kota Setar dekat Bukit Besar di sini malam Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, Mohammad Syawal Ismail, 23, yang dikatakan dalam perjalanan pulang dari Gurun ke rumahnya di Taman Kota Sarang Semut, Alor Setar meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu berkata mangsa dipercayai hilang kawalan dan merempuh pokok tersebut sehingga mengakibatkan kereta Honda Civic itu terputus dua.

"Mangsa terjunam ke dalam terusan bersama bahagian hadapan keretanya manakala bahagian belakang kereta terlekat di pokok. "Kita percaya kereta mangsa dipandu mangsa laju dan keadaan jalan yang licin menyebabkan mangsa terbabas," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Ismail Abu berkata pihaknya juga akan memastikan sama ada kereta tersebut merupakan kereta potong. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan