Lima Lelaki & Seorang Remaja Ditahan Buat Kecoh Di Konsert Ambang Tahun Baru

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City di sini malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.

"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama. "Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti 'band punk' itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.

"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan," katanya ketika dihubungi pada Selasa. Beliau berkata siasatan mendapati kesemua lelaki asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala remaja tempatan itu tidak membawa kad pengenalan bersamanya.

Kumpulan warga asing itu direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala remaja itu dibebaskan setelah diambil keterangan, katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa permit sah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan