Dua Remaja Perempuan Bawah Umur Antara Yang Ditahan Semasa Sambutan Tahun Baru - Berita Jenayah | mStar

Dua Remaja Perempuan Bawah Umur Antara Yang Ditahan Semasa Sambutan Tahun Baru

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua remaja perempuan bawah umur bersama pasangan masing-masing antara yang ditahan menerusi 'Operasi Samseng Jalanan' semasa sambutan Tahun Baru di Jalan Skudai di sini awal pagi Selasa.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, DSP Roslan Ali berkata keterangan diambil daripada mereka sementara ibu mereka akan turut dipanggil.

Beliau berkata remaja berumur 14 dan 16 tahun itu antara lebih 100 penunggang motosikal dan beberapa pemandu kereta yang diperiksa menerusi operasi bersepadu tersebut.

Operasi berhampiran Danga Bay itu dilakukan antara pasukan IPK, Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Rela dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Beliau berkata penunggang motosikal yang diperiksa itu didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar sementara pemandu kereta didapati mengubah suai kenderaan mereka. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan