Dua Maut Pacuan Empat Roda Terbabas

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terbabas di Km 31, Jalan Pekan-Nenasi dekat sini pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, pemandunya Chua Yeok Hwa, 30, dari Bagan Sungai Burung, Selangor dan penumpang hadapan, Khoo Yong Son, 57, dari Taman Megaria 2, Kuantan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman, berkata tiga lagi penumpang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Pekan.

Beliau berkata mereka dipercayai dalam perjalanan menghala ke Pekan dari Nenasi.

Katanya sebaik tiba di tempat kejadian, pemandunya dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum kenderaannya terbabas ke kanan jalan dan terbalik melintang jalan.

"Pemandu bersama penumpang hadapannya tercampak keluar dan terjatuh di atas jalan. Pada masa yang sama sebuah van di belakang mereka turut terbabas," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan