Budak lelaki ditembak kekasih ibu ketika sedang main senapang mainan dengan rakan - Berita Dunia | mStar

Budak lelaki ditembak kekasih ibu ketika sedang main senapang mainan dengan rakan

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 8:21 AM

Eugene Ryder Stamey mati ditembak kekasih ibu.

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki telah menembak mati anak kekasihnya yang berusia enam tahun menggunakan senapang patah ketika bermain 'zombi' dengan budak lelaki tersebut.

Benjamin Wesley Goodson, 32, ditahan dan didakwa membunuh Eugene Ryder Stamey pada Isnin di Hephzibah, Georgia, pinggir selatan Augusta.

Ibu budak lelaki itu, yang telah tinggal bersama Goodson selama setahun berkata dia sedang mencuci rambutnya di bilik mandi apabila terdengar bunyi tembakan, lapor WRDW.

Katanya, Goodson, yang sebelum itu minum arak sedang bermain 'zombi' dengan Stamey dan seorang lagi budak berusia lapan tahun.

Benjamin Wesley Goodson.

Tetapi ketika kedua-dua budak lelaki itu menembak sesama sendiri dengan senapang mainan Nerf, Goodson mengambil senapang patah dari almarinya yang disangkakan sudah buruk dan tidak berfungsi, menurut polis.

Penyiasat berkata Goodson mengacukan senapang tersebut kepada Stamey dan menarik picunya, tetapi apabila tiada apa yang berlaku, jadi dia menarik picu senapang itu sekali lagi.

Stamey ditembak di dada dan mati di tempat kejadian jam 8.18 malam.

"Saya tak pernah menyangka seseorang akan menembak cucu saya.

"Seorang lelaki yang dia sangka menyayangi dirinya, seorang lelaki yang dia sayang," kata nenek Stamey, Laura kepada CBS.

"Cucu saya tak patut mati. Tidak ada kesalahan yang dilakukan budak kecil ini sepanjang hidupnya kepada sesiapa pun untuk dirinya disakiti," katanya lagi.

Pihak polis berkata Goodson membuat pengakuan kepada penyiasat, walaupun tidak jelas sama dan dia mengaku tembakan itu disengajakan atau tidak.

Dia didakwa melakukan pembunuhan, serangan yang ganas, pemilikan senjata api semasa melakukan jenayah dan kekejaman kelas pertama kepada kanak-kanak.

Goodson ditahan di Penjara County Richmond dan tidak pasti sama ada dia mempunyai seorang peguam untuk bercakap bagi pihaknya. -Daily Mail

Tags / Kata Kunci: senapang patah , Nerf , anak kekasih
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan