Majikan umur 68 tahun cabul dua pembantu rumah, guna alasan nak urut - Berita Dunia | mStar

Majikan umur 68 tahun cabul dua pembantu rumah, guna alasan nak urut

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 9:55 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEORANG pelabur Austria berusia 68 tahun didakwa menggoda dua pembantu rumah Filipina untuk pergi ke rumahnya dan kemudian mencabul mereka di bilik tidur, dalam dua kejadian berasingan.

Pembantu rumah pertama, 31, berkata beberapa bulan sebelum insiden dilaporkan, seorang rakannya yang juga pembantu rumah memberitahunya bahawa tertuduh telah melakukan serangan seksual terhadap dirinya.

"Dia cerita kepada saya bagaimana lelaki itu suruh dia masuk dalam bilik tidurnya, kemudian mengurutnya.

"Lelaki itu membuka pakaian, menciumnya dan mencabulnya sebelum membiarkan dia pergi," katanya.

Pembantu rumah itu berkata: "Jam 9 malam pada 17 Mac lalu, saya disuruh pergi ke flatnya kerana saya juga bekerja untuknya. Dia minta saya masuk ke biliknya untuk berurut."

Dalam masa yang sama, wanita itu juga bimbang akan menerima nasib sama seperti rakannya.

"Saya meletakkan telefon bimbit saya di atas meja pada mod video. Dia duduk di sofa dan minta saya datang lebih dekat," katanya kepada pendakwa raya.

Wanita itu mendakwa majikannya telah memeluk dan mencabulnya selepas menanggalkan pakaiannya. Dia membuat aduan sejurus selepas meninggalkan flat itu.

Seorang lagi pembantu rumah, 34, memberikan laporan serupa tentang apa yang dilakukan oleh defendan kepadanya, mendakwa ia berlaku pada 25 Januari.

Seorang anggota polis berkata mereka menerima satu laporan percubaan rogol pada pagi 18 Mac.

"Kami mendapati kedua-dua wanita itu menangis dan nampak takut, salah seorang daripada mereka menunjukkan klip video kejadian itu. Apabila ditunjukkan rakaman itu, tertuduh cuba mengelak. Kami menahannya."

Klip video yang disimpan dalam telefon pembantu rumah itu telah diperiksa oleh pakar-pakar bukti jenayah dan kriminologi. Ia telah digunakan sebagai bukti pendakwaan awam.

Lelaki itu menafikan tuduhan di Dubai Court of First Instance.

Mahkamah akan mengeluarkan keputusan pada 29 November. -KhaleejTimes

Tags / Kata Kunci: cabul , urut , pembantu rumah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan