Loceng terbang dirakam di ruang udara Sweden didakwa senjata rahsia tentera - Berita Dunia | mStar

Loceng terbang dirakam di ruang udara Sweden didakwa senjata rahsia tentera

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 8:34 AM

Loceng terbang yang berjaya dirakam di ruang udara Sweden. FOTO: YoutubeSecureTeam10

(Ubah saiz teks)

SEBUAH video yang memaparkan objek berbentuk loceng sedang terbang di ruang udara Gothenburg, Sweden pada Selasa lalu menjadi tular dalam kalangan pelayar internet.

Menerusi rakaman berkenaan, terdapat objek berbentuk loceng sedang bergerak di ruang udara dan ia sempat disaksikan oleh pemandu dan pejalan kaki di sekitar kawasan itu.

Malah, beberapa pejalan kaki yang terpegun turut berhenti dan mengeluarkan telefon bimbit mereka untuk membuat rakaman video.

Rakaman berkenaan dimuat naik le laman Youtube oleh Amirreza Milad yang menyifatkan saiz objek tersebut seperti sebuah bangunan.

Video itu kemudiannya dimuat naik sekali lagi menerusi saluran konspirasi popular secureteam10 dan ia menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh singkat.

Tyler Glockner yang mengendalikan saluran berkenaan membuat spekulasi dan mendakwa objek berkenaan merupakan teknologi rahsia Nazi.

"Ia kelihatan seperti loceng yang banyak dihasilkan di Jerman sekitar 1940-an.

"Jerman juga merupakan negara pertama yang ada teknologi makhluk asing.

"Suatu ketika dahulu Hitler menggunakan teknologi anti graviti yang mana ia turut digunakan sewaktu dan selepas perang," katanya.

Ia turut dikaitkan dengan teknologi anti graviti seperti yang didakwa oleh wartawan ketenteraan dan penulis Nick Cook.

Menurutnya lagi, Wunderwaffen atau senjata ajaib didakwa telah dicipta oleh saintis Third Reich yang bekerja untuk pihak Jerman, Der Riese.

Ia merupakan sebuah alatan yang diperbuat daripada besi keras, selebar 2.7 meter dengan ketinggian sekitar 3.7 dan 4.6 meter dan berbentuk seperti loceng.-Daily Star.

Tags / Kata Kunci: Loceng Terbang , Senjata Rahsia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan