Kritik cincin tunang sebelum sempat dilamar kekasih - Berita Dunia | mStar

Kritik cincin tunang sebelum sempat dilamar kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 3:04 PM

Cincin yang dijumpai seorang wanita sebelum dilamar kekasih. Foto EvilCowEater/Reddit

(Ubah saiz teks)

BUKAN mudah untuk memilih cincin pertunangan buat pasangan anda.

Ia merupakan barangan kemas yang paling penting, yang akan disarung di jari sehingga akhir hayat.

Maka bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya orang ramai akan menghabiskan masa yang lama, untuk mencari cincin yang terbaik.

Seorang lelaki telah melakukan tugasnya dengan baik, tetapi kekasihnya mempunyai idea yang sebaliknya.

Menerusi perkongsian status di laman sosial Facebook, wanita berkenaan mengkritik pilihan cincin pertunangan oleh pasangannya.

Cincin tersebut dijumpai disembunyikan di meja di tepi katil.

Dia yang mengambil gambar cincin itu berkata: "Bukan pilihan."

"Silalah kritik dan kemudian beritahu saya bagaimana untuk tidak kataka 'tidak' yang anda perlu melakukan sesuatu yang berbeza.

Komen wanita itu mendapat kecaman netizen, dengan salah seorangnya memberitahu: "Jujurnya, ungkapan 'tidak' wanita ini adalah yang terbaik buat seseorang yang merancang untuk melamar.

Ada yang memberi pandangan bahawa cincin tersebut bukan untuknya, sekali gus menimbulkan kekeliruan.

Malah yang lain beranggapan cincin itu mungkin kepunyaan ibu atau neneknya, dan dia mahu menurunkannya kepada bakal isterinya. - Mirror Online


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan