Padah dua juruterbang buat 'lakaran' lucah laluan penerbangan - Berita Dunia | mStar

Padah dua juruterbang buat 'lakaran' lucah laluan penerbangan

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2018 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

PALM SPRINGS: Kor Marin Amerika Syarikat (Marine Corps), menggantung dua juruterbangnya, yang didakwa terlibat membuat 'lakaran' menerusi laluan penerbangan berbentuk zakar, menggunakan pesawat T-34C Turbomentor di Palm Springs, California, bulan lalu.

"Kru T-34C yang disiasat kerana menerbangkan pesawat dengan laluan penerbangan yang mengikut imej lucah, ketika ini tidak dibenarkan melakukan penerbangan sehingga hasil siasatan," kata jurucakap, Mejar Josef Patterson kepada Washington Examiner pada Selasa.

"Walaupun tidak terbang buat masa ini, dua juruterbang Marine Corps masih menyediakan fungsi sokongan skuadron," kata Patterson.

Menurut laporan itu, Marine Corps akan menentukan tindakan disiplin atau tindakan pentadbiran terhadap kedua-dua juruterbang sebaik siasatan berhubung perkara tersebut selesai.

Tahun lalu, penerbitan yang sama melaporkan bahawa Tentera Laut AS mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka, selepas dua juruterbangnya membuat laluan penerbangan berbentuk zakar di ruang udara Okanogan County, Washington, menggunakan pesawat 18G Growler.

Juruterbang tentera laut yang terlibat digantung tugas dan dikenakan tindakan disiplin. – Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan