Doktor terkejut, ibu lahir bayi 'gergasi' tak ambil ubat tahan sakit - Berita Dunia | mStar

Doktor terkejut, ibu lahir bayi 'gergasi' tak ambil ubat tahan sakit

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2018 11:11 AM

Parker James Bell.

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu berusia 28 tahun melahirkan bayi seberat 5.44 kilogram (kg) tanpa mengambil ubat tahan sakit ketika bersalin, mengejutkan doktor di sebuah hospital di Australia.

Nikki Bell selamat melahirkan bayi yang diberi nama Parker James Bell pada Khamis lalu.

Berita kelahiran bayi gergasi itu hangat diperkatakan di wad bersalin di Hospital Blacktown, Barat Sydney.

Nikki juga tidak bimbang mengenai proses bersalinkan anak keduanya itu dan percaya setiap kelahiran pasti menyakitkan tanpa mengira saiz bayi yang dilahirkan.

Parker bersama kakaknya, Maddison.

"Saya yakin semua kelahiran menyakitkan, sama ada bayi itu seberat 1.7kg atau 5.7kg - semuanya menyakitkan," katanya.

Satu posting yang dimuatnaik di Facebook oleh Kumpulan Blacktown Midwifery memaklumkan Parker mencipta "rekod baharu" di hospital itu.

Posting tersebut turut disertakan dengan gambar Parker yang baharu dilahirkan.

"Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa Parker dan ibunya Nikki dalam keadaan baik," demikian menurut posting tersebut.

Rata-rata netizen terkejut dengan berat Parker.

Salah seorang netizen menyifatkan berat Parker sebagai sesuatu yang menakjubkan tetapi bersyukur dia bukan individu yang melahirkan bayi gergasi itu.

Tags / Kata Kunci: bayi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan