Nenek lapan cucu bakal lahir bayi kembar empat - Berita Dunia | mStar

Nenek lapan cucu bakal lahir bayi kembar empat

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2018 10:31 AM

(Ubah saiz teks)

NENEK lapan cucu bakal menjadi ibu tertua kepada anak kembar empat di United Kingdom (UK).

Tracey Britten, 50, dijangka melahirkan tiga bayi perempuan dan seorang lelaki selepas membelanjakan kira-kira 7,000 pound sterling untuk rawatan IVF di Cyprus.

Bekas kaunselor dadah itu kini sedang hamil 30 minggu.

Tracey bertemu dengan suaminya Stephen pada 2005 dan mereka berkahwin pada 2012.

Wanita tersebut sudah mempunyai tiga orang anak masing-masing berusia 22, 31 dan 32 tahun hasil hubungan dengan suami pertamanya sebelum mereka bercerai pada 2003.

Doktor berkata bayi kembar Tracey akan dilahirkan pada bila-bila masa sahaja tetapi dia disarankan untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan pada awal bulan depan.

Sejurus sahaja bayi itu dilahirkan nanti, doktor berkata mereka perlu dipisahkan dan dihantar ke hospital berbeza kerana hospital yang dekat dengan rumah Tracey hanya mempunyai dua inkubator.

Tracey turut mengambil steroid untuk menguatkan paru-paru empat bayinya yang akan dilahirkan lebih awal.

"Ia suatu keajaiban. Setakat ini saya masih ok. Saya cuba mengharungi setiap hari dengan baik sehingga hari saya bersalin," katanya.

Tracey berkata dia membayar kos rawatan tersebut menggunakan wang yang ditinggalkan mendiang ibunya Pauline Smith yang meninggal dunia pada 2007.

"Ibu mengidam anak kembar dalam keluarga. Jadi bayi kembar yang bakal lahir nanti adalah hadiah untuknya," kata Tracey. - Metro.co.uk

Tags / Kata Kunci: kembar , nenek
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan