Maut selepas kerusi roda tergelincir dari eskalator - Berita Dunia | mStar

Maut selepas kerusi roda tergelincir dari eskalator

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2018 10:01 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pengguna kerusi roda maut selepas terjunam dari eskalator setinggi 100 kaki yang digunakannya gara-gara bosan menunggu lif terlalu lama.

Lelaki tidak didedahkan identitinya itu yang menggunakan kerusi roda bermotor dipercayai menunggu lif selama 10-15 saat selepas turun dari kereta api di stesen Metro Columbia Heights, Washington DC.

Namun dia kemudiannya memilih untuk menggunakan eskalator di stesen tersebut.

Menurut WJLA, lelaki itu memegang eskalator terbabit dan sudah sampai ke bahagian atas sebelum kerusi rodanya tiba-tiba tergelincir.

Pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Pihak berkuasa Transit Kawasan Metropolitan Washington (WMTA) berkata lif dalam keadaan baik ketika kejadian.

Namun netizen mendakwa lif di stesen terbabit sering mengalami kerosakan.

"Saya tidak pasti sama ada lif dalam keadaan baik atau tidak, tetapi saya pernah berdepan masalah lif rosak semasa saya dalam keadaan tergesa-gesa. Ia satu tragedi menyayat hati," kata Kristin Duquette.

Tags / Kata Kunci: kerusi roda , eskalator
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan