Penumpang wanita tidak dibenarkan naik pesawat gara-gara bawa tupai - Berita Dunia | mStar

Penumpang wanita tidak dibenarkan naik pesawat gara-gara bawa tupai

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

BANYAK kita dengar tentang penumpang kapal terbang membawa haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda kecil (padi) bersama mereka dalam penerbangan.

Antara haiwan lain adalah burung merak, tikus mondok, itik dan khinzir.

Terbaharu, tupai terbang pula dilaporkan cuba dibawa menaiki penerbangan oleh tuannya.

Seorang wanita terpaksa dikeluarkan daripada pesawat Frontier Airlines pada Selasa ketika dia ingin terbang bersama tupai 'sokongan emosi' miliknya.

Menurut syarikat penerbangan itu, wanita tersebut enggan keluar dari kapal terbang selepas diberitahu bahawa tindakannya membawa haiwan itu tidak mendapat kebenaran.

Jurucakap Frontier Airlines berkata dalam satu kenyataan, penumpang terbabit memberitahu pihak syarikat bahawa dia akan membawa haiwan sokongan emosi bersamanya.

Gambar hiasan. - Pixabay

Namun, wanita berkenaan tidak memberitahu haiwan itu adalah sejenis tupai bermata besar dan ekor berbulu.

"Tikus termasuk tupai, tidak dibenarkan menaiki pesawat Frontier.

"Penumpang itu dinasihatkan oleh polisi syarikat untuk tidak naik pesawat," kata kenyataan itu.

Ketika penumpang itu diminta keluar daripada Flight 1612, penumpang lain yang terbang dari Orlando Cleveland, Ohio turut terjejas kerana diarahkan keluar oleh pihak berkuasa agar mereka dapat mengeluarkan wanita berkenaan dari pesawat.

Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando. - WA Today

Tags / Kata Kunci: tupai
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan