Gempa bumi 6.0 magnitud di Bali - Berita Dunia | mStar

Gempa bumi 6.0 magnitud di Bali

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 11:08 AM

Gambar fail AFP

(Ubah saiz teks)

BALI: Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada Skala Richter melanda Pulau Bali, Indonesia pada awal pagi Khamis.

Pusat gempa ialah di Laut Bali kira-kira 40 kilometer daripada penghujung timur Pulau Jawa, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Bali merupakan tuan rumah kepada mesyuarat tahunan pegawai tertinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dihadiri 12,000 hingga 15,000 peserta dan acara sampingan Perhimpunan Pemimpin ASEAN (ALG).

Gempa bumi itu mengakibatkan penghuni dan pengunjung pulau peranginan itu panik sebentar tetapi tiada kerosakan besar atau ancaman tsunami dilaporkan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Bali
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan