Dicerai suami gara-gara 'kantoi' foto mesra dalam imej Google Maps - Berita Dunia | mStar

Dicerai suami gara-gara 'kantoi' foto mesra dalam imej Google Maps

Diterbitkan: Khamis, 11 Oktober 2018 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

NAMPAKNYA fungsi Google Maps bukan sahaja untuk melihat peta dan permukaan bumi, malah ia kini menjadi bukti bagi kes penceraian rumah tangga.

Baru-baru ini, paparan foto dari Google Maps memaparkan seorang wanita sedang bermesraan dengan seorang pemuda di atas bangku, di tepi jalan.

Foto itu merupakan cerapan dari kamera satelit Google Maps yang dirakam di bandar Puente de los Suspiros de Barranco, Peru.

Lebih mencuit hati, suami wanita dalam foto itu yang sedang menggunakan Google Maps untuk melihat arah jalan terkesima apabila terlihat paparan aksi isterinya bersama lelaki lain.

Foto Google Maps membongkar kisah cinta lama wanita itu sebelum diceraikan oleh suaminya.

Ujarnya, paparan itu menarik perhatian matanya kerana dia seolah-olah begitu mengenali wanita itu.

Biarpun cerapan foto Google Maps itu dirakam pada tahun 2013, suami wanita itu tetap tidak berpuas hati sebelum menceraikan isterinya.

Malah, lelaki itu turut memuat naik foto berkenaan ke laman sosial sehingga menarik perhatian orang ramai.

"Kecilnya dunia ini," ujar seorang pengguna media sosial.

Foto itu merupakan sebahagian daripada foto-foto pelik dan kelakar yang berjaya dirakam menerusi cerapan kamera Google Maps.

Sebelum ini, foto lelaki berpakaian kostum burung serta pasangan kekasih yang mengadakan hubungan seks dalam kereta juga pernah dirakam menerusi Google Maps sebelum tular di media sosial.-Mirror.UK.

Tags / Kata Kunci: Google Maps
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan