Semakin ramai minum air kencing sendiri sebagai terapi, cuci muka - Berita Dunia | mStar

Semakin ramai minum air kencing sendiri sebagai terapi, cuci muka

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2018 12:58 PM

-foto David Lees/Getty Images/The Image Bank

(Ubah saiz teks)

TREND minum air kencing sebagai terapi semakin meningkat.

Disebabkan peningkatan ini, orang ramai digesa untuk berhenti minum air kencing mereka sendiri atas nasihat doktor yang menghalang pengambilannya.

Walaupun ia nampak pelik bagi kebanyakan kita, air kencing adalah sesuatu yang asli dan pengamalnya mendakwa terdapat manfaat kesihatan di sebalik amalan ini.

Pada asasnya kumpulan pengamal ini menggunakan air kencing mereka sebagai sebahagian daripada rutin harian, seperti untuk mencuci, menjadikannya minuman dan ada yang melakukan untuk kedua-duanya.

Individu yang mengamalkannya melaporkan kulit mereka lebih licin, turun berat badan dan segala macam kesan positif lain.

Kieran 'Raw Gong' Hughes adalah salah seorang daripada mereka yang menjadikannnya satu amalan.

Dia hanya makan buah-buahan, minum air kencingnya dan sesekali menggunakannya sebagai toner muka yang dikatakan 'mempunyai kesan pelembab luar biasa untuk awet muda'.

Kieran memberitahu Metro.co.uk: "Saya mula melakukannya kerana saya sukakan tahap tenaga yang tinggi. Jadi selama empat tahun lalu, saya telah menganalisis kesan setiap minuman dan makanan yang saya ambil.

"Ini secara automatik mendorong saya untuk mengamalkan diet buah-buahan dan minum air kencing sendiri sebagai air utama."

Untuk memulakan perjalanan terapi kencingnya, Kieran membaca buku berjudul 'Secrtes To An Alkaline Body' (Rahsia Untuk Tubuh Beralkali) oleh Dr David Jubb.

Dari situ, dia mula menghirupnya sedikit demi sedikit sehingga minum lebih banyak, yang mana dia berkata dapat merasakan dirinya menjadi bertambah baik.

Manfaat untuk dirinya termasuklah 'penghidratan, kejelasan, tahap tenaga yang lebih tinggi dan fungsi keseluruhan badan yang lebih baik'.

'YouTuber' kesejahteraan UK itu berkata dia hanya mengambil sehirup air kencingnya pada waktu petang, tetapi meminumnya lebih banyak ketika bangun tidur.

Dia berkata: "Air kencing pagi jauh lebih 'hebat' kerana mengandungi melatonin dan boleh menunjukkan kesan yang lebih ketara, jadi saya selalu mengesyorkan air kencing pagi sebagai minuman pertama setiap hari."

Sophie Prana, yang mengendalikan retret yoga dan mempunyai blog gaya hidupnya sendiri berkata dia memulakan terapi kencing apabila dia mahu berhenti minum kopi.

Dia memberitahu Metro.co.uk bahawa ia adalah 'sesuatu yang hebat untuk sebarang penyembuhan usus, penyembuhan kulit dan sokongan detoks.'

Selain minum air kencingnya, Prana berpuasa dengan hanya makan setiap 15 jam.

Jika dia mempunyai ruam atau jerawat, dia juga akan menggunakan air kencing sebagai toner muka.

Dia berkata cara ini menjadikan dirinya lebih bertenaga, menjadikan anggota badannya saling berhubung dan menjadikan kulit dan penglihatan lebih jelas.

Walaupun manusia bebas untuk melakukan apa yang mereka inginkan terhadap tubuh mereka sendiri, sebilangan doktor tidak bersetuju dengan terapi kencing.

Walaupun berlaku salah faham terhadap air kencing sebagai steril, ia mungkin dicemari dengan bakteria apabila keluar dari badan.

Tambahan pula, walaupun air kencing terdiri daripada 95 peratus air, sisa lima peratus yang lain mungkin boleh memudaratkan kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Amalan ini semestinya bukan untuk orang yang lemah dan anda perlu berhati-hati jika mahu mengamalkan terapi kencing. -MetroUK

Tags / Kata Kunci: terapi kencing , minum kencing
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan