Pelajar diboikot gara-gara bapa hantar ke sekolah pandu Ferrari - Berita Dunia | mStar

Pelajar diboikot gara-gara bapa hantar ke sekolah pandu Ferrari

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2018 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pelajar di Hangzhou diboikot selepas tiba di sekolah menaiki kereta Ferrari.

Pelajar itu juga turut dikeluarkan dalam kumpulan WeChat kelasnya.

Bapa pelajar yang hanya dikenali Li itu bekerja sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah di daerah Zhejiang dengan pendapatan bernilai 4 juta yuan (US578,000) setahun dan memandu Ferrari 488, lapor City Express.

Li diberitahu oleh guru supaya menukar keretanya selepas ibu bapa pelajar lain mengadu ia merupakan situasi tidak sihat apabila timbul perbandingan di dalam kelas.

"Ia tidak betul. Anda tidak patut menunjuk-nunjuk kekayaan," ujar salah seorang ibu bapa pelajar.

"Jika ia hanya untuk menghantar ke sekolah, bolehkah anda menggunakan kereta biasa sahaja.

"Anda tidak akan hilang wang jika berbuat begitu," jelas ibu bapa yang lain.

Tags / Kata Kunci: Boikot , sekolah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan