Ibu selamba biar anak 'buang air besar' di laluan tempat duduk pesawat - Berita Dunia | mStar

Ibu selamba biar anak 'buang air besar' di laluan tempat duduk pesawat

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2018 9:06 PM

Seorang ibu membiarkan anaknya membuang air besar menggunakan kemudahan 'potty' di laluan antara tempat duduk dalam pesawat. Foto Instagram Passanger Shaming

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu dikecam selepas membiarkan anaknya membuang air besar menggunakan 'potty' (kerusi khas untuk kanak-kanak seperti mangkuk tandas) di tengah-tengah laluan antara tempat duduk penumpang di dalam pesawat.

Bagaimanapun laporan tidak menyebut bila dan lokasi kejadian serta pesawat terbabit.

Tindakannya itu dirakamkan sedang duduk, sedang membantu anaknya menggunakan 'tandas' secara terbuka, dengan jarak begitu dekat dengan para penumpang lain.

Menyedari perkara tersebut, kru kabin kemudian meminta penumpang berkenaan untuk membawa anak kecilnya ke tandas.

Dia bagaimanapun didakwa tidak mempedulikannya, sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat.

Gambar ibu dan anak itu mengejutkan netizen selepas ia dikongsikan di laman sosial Instagram pada Rabu, dengan ramai menyifatkan ia sebagai perbuatan yang menjijikkan.

Seorang netizen membandingkan insiden tersebut umpama membawa anak kecil ke bilik mandi di tengah-tengah restoran, manakala ada yang berpendapat ia sebagai satu tindakan yang tidak bersih. 

Malah ada yang mempersoalkan bagaimana ibu berkenaan dapat membawa masuk kemudahan 'tandas' untuk kanak-kanak itu ke dalam pesawat.

Tambah netizen itu, dia mungkin berdepan dengan kesukaran untuk memuatkannya di dalam bagasi tangan.

"Bagaimanapun dia menyimpannya?" - Mirror Online


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan