Gunung berapi Soputan di Sulawesi meletus - Berita Dunia | mStar

Gunung berapi Soputan di Sulawesi meletus

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2018 3:39 PM

Gunung berapi Soputan meletus. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Gunung berapi Soputan di Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia meletus dan mengeluarkan asap tebal sehingga empat kilometer, kata seorang pegawai pejabat agensi bencana pada Rabu.

Ia menyebabkan berlakunya hujan abu, kata jurucakap agensi pengurusan bencana negara Sutopo Purwo Nugroho. 

Ekoran itu, pihak agensi mengedarkan topeng muka kepada penduduk sebagai langkah berjaga-jaga, lapor agensi berita Xinhua

Zon larangan diisytiharkan kira-kira empat kilometer dari gunung berapi dan diperluas sehingga 6.5 kilometer di barat daya kawah. 

Penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan berhati-hati susulan pergerakan aliran lava yang deras.  

Wilayah Sulawesi Utara terletak bersebelahan dengan Sulawesi Tengah yang digegarkan dengan gempa bumi dan tsunami pada Jumat lalu, menyebabkan lebih 1,249 terkorban. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Soputan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan