Ribuan banduan lolos susulan gempa bumi Sulawesi - Berita Dunia | mStar

Ribuan banduan lolos susulan gempa bumi Sulawesi

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2018 6:03 PM

(Ubah saiz teks)

KIRA-KIRA 1,200 tahanan Indonesia di tiga penjara di Sulawesi melarikan diri apabila wilayah itu digegarkan dengan gempa bumi dan tsunami baru-baru ini, kata pegawai Kementerian Kehakiman pada Isnin.

Sebuah penjara yang dilanda tsunami di bandar Palu, dibina hanya untuk menampung seramai 120 orang, menyaksikan sebahagian besar daripada 581 banduan melepasi pengawal keselamatan dan melepaskan diri melalui dinding yang runtuh kerana gempa bermagnitud 7.5 skala Richter.

"Pada awalnya perkara berlaku seperti biasa...tetapi tak lama selepas gempa itu, air keluar dari bawah penjara yang menyebabkan banduan panik dan lari ke jalan.

"Saya yakin mereka melarikan diri kerana takut akan gempa bumi itu.

"Ini melibatkan hidup dan mati bagi banduan-banduan tersebut," kata pegawai berkenaan, Sri Puguh Utami.

Selain penjara di Palu, banduan telah melarikan diri dari pusat tahanan di Donggala, kawasan yang juga dilanda bencana. 

"Penjara Donggala dibakar dan kesemua 343 banduan berjaya melepaskan diri. Kebakaran itu dianggap telah dicetuskan tahanan yang marah kerana tidak dapat berjumpa keluarga mereka.

"Mereka panik selepas dapat tahu Donggala teruk dilanda gempa bumi.

"Pegawai penjara telah berunding dengan tahanan untuk membenarkan mereka berjumpa ahli keluarga tetapi beberapa tahanan tidak sabar dan mencetuskan kebakaran," kata Utami. - Bangkok Post
Tags / Kata Kunci: Palu , Donggala
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan